Laman web ini dikendalikan oleh Adam, Mazda Senior Consultant di Bermaz Anshin Setia Alam, sebagai laman jualan peribadi. Ia bukan laman rasmi Mazda Malaysia, Bermaz Motor atau Mazda Motor Corporation.
Apabila anda menghantar borang pertanyaan, kami kumpul nama, nombor telefon atau WhatsApp, model dan varian yang anda minat, jenis pertanyaan dan mesej anda. Kami tidak meminta nombor IC, butiran bank atau dokumen melalui laman ini.
Hanya untuk membalas pertanyaan anda: harga, sebut harga, test drive, trade-in dan maklumat pembiayaan yang anda minta. Kami tidak menjual butiran anda atau menggunakannya untuk pemasaran lain.
Pertanyaan disimpan di ruang admin laman ini dan dihantar melalui e-mel kepada Adam. Akses terhad kepada Adam dan pentadbir laman. Pertanyaan disimpan selama yang perlu untuk menguruskan permintaan anda dan susulan.
Jika anda guna butang WhatsApp, perbualan berlaku di WhatsApp dan tertakluk kepada dasar privasi WhatsApp. Laman ini mungkin mengira lawatan halaman dan klik butang tanpa nama, nombor telefon atau mesej anda.
Anda boleh minta untuk melihat, membetulkan atau memadam butiran anda pada bila-bila masa dengan e-mel ke sales.mazdasetiaalam@gmail.com atau call +60 11-2612 8096. Notis ini mengikut prinsip Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Kemas kini terakhir: Oktober 2026.