Setiap Mazda baharu dapat waranti 5 tahun, dan kebanyakan model dapat servis percuma 5 tahun. Beritahu saya model yang anda minat, saya siapkan untuk test drive di Bermaz Anshin Setia Alam, lengkap dengan harga, loan dan trade-in.
Waranti 5 tahun untuk semua Mazda baharu · Servis percuma 5 tahun bagi kebanyakan model · Bermaz Anshin Setia Alam
Ada sembilan model Mazda dijual di Malaysia, dari sedan Mazda3 sampailah CX-8 tujuh tempat duduk dan CX-80 plug-in hybrid. Tekan mana-mana model untuk tengok varian, warna dan spesifikasi penuh. Harga di sini harga permulaan Mazda; WhatsApp saya untuk harga on-the-road.
Harga jualan permulaan dari senarai harga rasmi Mazda Malaysia (Semenanjung), belum termasuk nombor plat, cukai jalan, pendaftaran dan insurans. Harga on-the-road sebenar saya sahkan dengan anda. *Anggaran bulanan: deposit 10%, 9 tahun, kadar rata 3.0%; sekadar contoh, bukan tawaran pembiayaan.
Beritahu saya macam mana anda nak guna kereta tu, nanti saya cadangkan dua model untuk anda test drive satu lepas satu.
Cukup kompak untuk parking sempit di mall, dan kabin tetap senyap bila masuk highway.
CX-8 ada enam atau tujuh tempat duduk, CX-80 ada enam, atau CX-5 lima tempat duduk untuk keluarga kecil.
CX-60 dengan enjin 3.3L enam silinder dan kulit Nappa, atau CX-80 plug-in hybrid 323 hp.
MX-5 RF: dua tempat duduk, pacuan roda belakang, dan bumbung yang terlipat dalam lebih kurang 13 saat.
BT-50 datang dengan turbo-diesel 3.0L, 4WD dan muatan sampai 785 kg.
CX-5 serba baharu, import penuh dari Jepun, kabin lebih luas dan skrin 12.9 inci.
Letak sampai tiga model sebelah-menyebelah: harga, enjin, kuasa dan saiz, terus dari helaian spesifikasi Mazda.
Angka dari helaian spesifikasi rasmi di mazda.com.my. "Tanya Adam" bermaksud halaman rasmi tidak menyenaraikannya. Harga ialah harga jualan permulaan Semenanjung Malaysia.
Tengok model di sini, atau beritahu saya macam mana anda nak guna kereta.
Hantar varian, warna, bajet dan kereta trade-in kalau ada.
Harga penuh, promosi bulan ini dan anggaran bulanan dari bank.
Saya aturkan test drive, booking dan loan sampai kunci di tangan anda.
Pilih model, ubah deposit dan tempoh loan. Kadar sebenar saya dapatkan dari bank.
Bermaz Anshin Setia Alam (Rebcomaz Auto Sdn Bhd)
Hai, saya Adam! Saya nak pastikan urusan beli Mazda anda mudah, seronok dan tak leceh.
Sama ada ini Mazda pertama anda, nak tukar kereta keluarga, atau sekadar nak tengok model terbaru, saya boleh bantu cari kereta yang kena dengan gaya hidup dan bajet anda.
Dari pilih model dan faham beza setiap varian, sampailah harga dan pilihan loan, saya ada untuk bantu setiap langkah.
Tengah cari Mazda seterusnya? WhatsApp je saya.
Hari serah kunci di Bermaz Anshin Setia Alam.
Harga di sini ialah harga jualan permulaan Mazda untuk Semenanjung, belum termasuk nombor plat, cukai jalan, pendaftaran dan insurans. WhatsApp saya model yang anda minat, saya hantar harga on-the-road berserta promosi bulan ini.
Boleh. Kalkulator di sini bagi anggaran cepat. Angka sebenar saya semak dengan bank, sebab ia bergantung pada penilaian kredit, tempoh loan, insurans dan caj.
WhatsApp saya atau isi borang dengan hari yang anda nak. Test drive disahkan bila saya dah semak kereta yang ada.
Belum. Itu harga permulaan dari senarai harga rasmi. Harga akhir bergantung pada varian, warna, jenis pendaftaran dan promosi yang berjalan masa anda booking.
Boleh. Hantar model, tahun dan mileage kereta anda, saya aturkan penilaian. Nilai trade-in disahkan selepas kereta diperiksa.
Biasanya IC, lesen memandu, slip gaji terkini dan penyata bank. Kalau bekerja sendiri, sertakan pendaftaran perniagaan dan penyata. Saya akan beritahu apa yang bank anda perlukan. Jangan hantar dokumen melalui website ni.
Dua generasi yang dijual serentak. Model 2026 lebih panjang, kabin lebih luas, skrin 12.9 inci dan enjin petrol 2.5L. CX-5 semasa bermula lebih murah, dan ada juga versi diesel dan turbo AWD.
Ya. Mazda ada senarai harga berasingan untuk Sabah dan Sarawak, dan pautannya ada di setiap halaman model. Beritahu saya kalau anda membeli di Malaysia Timur.
WhatsApp saya model yang anda berkenan dan hari yang sesuai. Saya siapkan keretanya di Bermaz Anshin Setia Alam.